Selasa, 28 April 2009

PERINGATAN UNTUK SEMUA

Bersihkanlah diri sebelum kamu dimandikan
Berwuduklah kamu sebelim kamu diwudukkan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan 4 kali takbir dan 1 salam
Beserta fatihah,selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah
Tapi adakah 4 kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipu dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat
Usunglah dirimu ketikar solat
Sebelum dirimu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi kepusara
Tangislah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristigfarlah kamu sebelum kamu diistigfarkan
Ingatlah dimana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru,sambutlah seruanNya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segmpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak benilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayan tak patuk itik tak sudu
Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu yang lebih
agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera
Sambutlah seruan "Hayya 'alas solah"
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya 'alal falah"
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna
Harta,takhta, dan putera
Isteri,kad kredit dan handset
Kondominium,saham dan niaga
KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DUNIA